Follow blog saya kalau sudi :)

Monday, October 29, 2012

spot MAB


SOALAN 2
Terangkan dua komponen alam belajar berikut:
i) Fizikal :
ii) Psikososial : (4 markah)
(b) Nyatakan tiga jenis permainan kognitif dan berserta contoh yang
bersesuaian. ( 6 Markah )
2. Main adalah sebahagian daripada aktiviti yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
a) Terangkan dua ciri main. (4 markah)
b) Jelaskan tiga kepentingan main. (6 markah)
3. Guru perlu mengambil kira aspek-aspek perbezaan individu dan kecerdasan
pelbagai murid semasa merancang aktiviti pengajarannya.
(a) Terangkan dua aspek perbezaan individu. (4 Markah)
(b) Berikan empat cara guru boleh menangani masalah perbezaan individu
semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (6 Markah)
4. (a) Mengikut Maslow seseorang individu harus memenuhi keperluan asas
sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Terangkan dua Hierarki Keperluan Maslow.
i. Keperluan asas:
ii. Keperluan sekunder: ( 4 Markah)
(b) Terangkan tiga cara yang boleh diambil oleh guru bagi memenuhi keperluan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut Hierarki Keperluan
Maslow. (6 Markah)
BAHAGIAN C. (40 markah)
Jawab semua soalan.
1. Melalui teori-teori pembelajaran, guru akan memahami pelbagai cara bagaimana
murid-murid belajar.
(a) Huraikan tiga implikasi teori Behavioris berdasarkan pandangan Skinner
kepada guru sebagai usaha meningkatkan pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak. (6 markah).
(b) Bincangkan penggunaan teori Pembelajaran Sosial untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (9 markah).
2. Model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pembelajaran yang
digunakan sebagai panduan bagi merancang kurikulum, kursus dan penyediaan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap model-model pengajaran.
a) Huraikan tiga cara dalam kaedah ekspositori yang boleh digunakan bagi
membina pemahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. (6 markah).
b) Bagaimanakah strategi pemusatan murid boleh digunakan untuk
meningkatkan penguasaan ilmu secara berkesan di kalangan muridmurid
terhadap pengajaran dan pembelajaran? (8 markah).
3. a) Berikan lima ciri bilik darjah yang kondusif. (5 markah).
b) Berdasarkan Model Pengajaran Inkuiri, huraikan lima implikasi pengajaran
dan pembelajaran berkesan di bilik darjah. (5 markah).

No comments:

Post a Comment