Follow blog saya kalau sudi :)

Friday, January 13, 2012

PEDAGOGI- bercerita

Teknik bercerita
Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita.




PKK- konsep fitrah manusia

klik pic untuk tumbesaran

Wednesday, January 11, 2012

PJK- batu seremban

5.0 CARA BERMAIN BATU SEREMBAN
Batu seremban ini seronok apabila dimainkan beramai-ramai. Minima peserta ialah dua orang. Namun demikian, cara bermainnya juga mempunyai banyak jalan. Kesemuanya ada tujuh peringkat. Diantaranya seperti berikut:
Buah Satu:
  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
Buah Dua
  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak. 
Buah Empat
  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima:
  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam:
  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh:
  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Tuesday, January 10, 2012

PA- meminang

MEMINANG
Meminang bererti lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri.
Meminang boleh dilakukan dengan cara berterus-terang atau cara kiasan. Urusan peminangan biasanya dilakukan oleh orang perantaraan daripada pihak lelaki dan diaju kepada wakil pihak perempuan.
Hukum meminang adalah harus terhadap perempuan yang dipilih untuk bakal isterinya.

Sabda Rasullah S.A.W

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar r.a berkata , telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Janganlah ada seorang kamu meminang tunang saudaranya sehingga dia melepaskannya.”

Syarat-syarat perempuan yang hendak dipinang ialah:
  • Bukan isteri orang
  • Tidak dalam idah raj'i
  • Bukan tunang orang
  • Bukan muhrim
Apabila lamaran telah diterima, maka terjadilah ikatan pertunangan di antara kedua-dua belah pihak.

PA- munakahat

Seseorang perempuan boleh membuat pilihan sama ada menerima atau menolak suatu perkahwinan sekiranya mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini ialah:
1.Sebab keturunan
  • Ibu,nenek,ibu sebelah bapa, dan seterusnya(ke atas)
  • Anak, (cucu) cicit, dan seterusnya ( ke bawah)
  • Saudara perempuan seibu sebapa
  • Saudara perempuan seibu
  • Saudara perempuan dari sebelah bapa (anak saudara)
  • Saudara perempuan dari sebelah ibu (emak saudara)
  • Anak perempuan daripada saudara perempuan, dan seterusnya (anak saudara cucu)
  • Anak perempuan daripada saudara lelaki dan seterusnya (anak saudara, cucu)
2.Sebab susuan
  • Ibu susuan
  • Saudara perempuan susuan
  • Adik beradik ibu susuan
  • Anak saudara perempuan susuan
  • Ibu mentua ibu susuan
3.Sebab perkahwinan
  • Ibu mentua
  • Ibu tiri
  • Anak tiri apabila sudah bercampur dengan ibunya
  • Saudara perempuan isteri
  • Menantu
  • Isteri bapa
Haram hukumnya menikahi dua adik-beradik perempuan atau seorang perempuan dimadukan dengan saudara perempuan bapanya, atau anak perempuan saudaranya.
Syarat-syarat bakal isteri:
  • Islam
  • Perempuan , bukan khunsa atau pondan
  • Bukan isteri orang
  • Tidak dalam idah
  • Bukan muhrim
Syarat-syarat bakal suami:
  • Islam
  • Lelaki
  • Tidak beristeri empat
  • Bukan muhrim
Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal isterinya supaya tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak puas hati di kemudian hari. Seseorang lelaki diharuskan melihat muka dan kedua-dua tapak tangan bakal isterinya.

PA- makki & madani

PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

*      Secara umum, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekah dan di Madinah serta sekitarnya.

*      Secara khusus,ulama’ berbeza pendapat. Oleh itu, ulama’ membahagikannya kepada tiga bahagian:
·        Masa
·        Tempat
·        Tumpuan penurunan

*                Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada di Mekah dan kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar dan juga di Uhud.

*                            Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan “Wahai Bani Adam..”. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai orang-orang yang beriman…”.


*                     Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah walaupun diturunkan di Mekah.
      
*          Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:

1) Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat yang bermaksud:

Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang mereka sembah selain dari ar-Rahman.                                                                                                (Surah az-Zukhruf: 45)

2) Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat dalam ayat yang bermaksud:




Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.                                           (Surah at-Tahrim: 1)

3) Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah, maksudnya:



Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-baik Pemberi Ingat/nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Amat Maha Melihat.                                                                                                              (Surah an-Nisa’: 58)









SURAH-SURAH YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI

Para ulama’ telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan surah-surah Madani seperti berikut:

Surah-surah Makki

***Terdapat 82 surah***


1)      al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)al-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat.



Surah-surah Madani

***Terdapat 20 surah***
1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah  16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr.

ü      Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Makki dan  Madani iaitu surah:
1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass.

ü      Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam. 

ü      Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153 diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19 diturunkan di Madinah. 


AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI

Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan Madani dan diturunkan di Madinah tetaPi dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti 
kandungan dan tajuk yang dibawa oleh ayat-ayat tersebut, misalnya:

a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani
- Iaitu ayat 13 dalam surah Al-Hujurat yang diturunkan di Mekah semasa pembukaan Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.

b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki
- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi hukumnya Makki.









CARA-CARA UNTUK MENGENALI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

Ulama’ telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:

1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli.
Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang menyaksikan turunnya wahyu.

2) Cara kias ijtihad.
Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang tertentu yang kita telah bincangkan di atas.










CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

A-Ciri-ciri Ayat Makki

1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.

2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah (
كلا)

3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (
ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan   (ياايهاالذينءامنوا)

4) Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.

5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.

6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (
حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.

Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu:

1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.

2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).

3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.

5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.

B- Ciri-ciri Surah Madani

1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.

2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.

3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, sosial dan kenegaraan.

4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.

 Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:

1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
2)     Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.


















FAEDAH DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.

2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasikh dan Mansukh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.

4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.

5) Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama’ Islam dalam mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.

6) Sebagai satu cara yang dilakukan oleh Allah s.w.t melalui ulama’ dan mujahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok dan diubah.

7) Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.

PA- solat ketika sakit

Kaifiat solat ketika sakit
  1. Secara duduk
  2. Mengiring
  3. Menelentang
-Menggunakan isyarat kelopak mata
-Secara ingat dalam hati

1.Secara duduk.
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
-mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.

2.Solat secara mengiring
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
3.solat secara menelentang.
*      Baring menelentang dengan kaki kearah kiblat.
*      Kepala hendaklah ditinggikan sedikit supaya muka boleh menghadap kiblat.
*      Rukuk dan sujud dengan menggunakan isyarat kepala.
Solat dengan isyarat kelopak mata.
*      Baring menelentang dengan kaki menghala kearah kiblat
*      Rukuk dengan menggerakkan kelopak mata
*      Sujud dengan diisyaratkan dengan memejamkan mata

Solat secara ingat dalam hati.
*      Jika tidak berdaya,semua perlakuan solat hendaklah diingati dalam hati satu persatu


a.    boleh bersolat dalam keadaan mana  termampu. Imran ibn Husain ra berkata :-

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب
"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Di riwayatkan oleh Jabir ra. bahawa Nabi saw telah bersabda kepada seorang yang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk ruku' dan sujud,

صلِّ على الأرض إن استطعت ، وإلا فأومِ إيماءً ، واجعل سجودك أخفض من ركوعك
"Solatlah di atas bumi jika kamu mampu, jika kamu tidak mampu, gerakkan sahaja kepala kamu, dan jadikanlah sujud lebih rendah dari ruku'" [Hadith Riwayat al-Baihaqi dengan Isnaad yang kuat].

Jika khuatir akan jatuh kalau berdiri, bolehlah melakukan solat secara duduk.





Andai kata sakit tersebut pada ketika itu teruk sangat, salah satu keadah solat bagi mereka yang uzur adalah menjamakkan solat, boleh melakukan Jama' Takhir, contohnya melakukan solat Zohor dan Asar di waktu Asar. Kedua-dua solat ini TIDAK boleh di QASARkan (pendekkan), misalya lakukan Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat.

Nabi saw memberi izin kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah menjamakkan solatnya sebagaimana didalam hadith riwayat Abu Daud (#287) dan al-Tirmudzi (#128). Imam Ahmad mengatakan bahawa ini merupakan dalil membenarkan seorang yang sakit menjamakkan solat, malah mengatakan bahawa kesukaran orang yang sakit lebih teruk daripada keadaan orang yang bermusafir. [Kashshaaf al-Qinaa' (2/5)].
Hikmah rukhsah solat ketika sakit.
  1. Supaya orang islam sabar menanggung ujian Allah
  2. Supaya orang islam sabar menyempurnakan tuntutan agama walaupun dalam kepayahan
  3. Supaya orang islam tetap mengerjakan ibadah kepada Allah
  4. Menunjukkan islam agama yang mudah.
  5. Bukti Allah kasih dan sayang kepada hambanya
Sebab diwajibkan solat ketika sakit.
  1. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.
  2. Solat merupakan ibadah asas dan terpenting dalam islam.
  3. Solat adalah penawar terhadap segala penyakit
  4. Solat adalah amalan yang pertama sekali akan dihitung diakhirat
  5. Menjadikan umat islam yang hidup dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah.

PA- solat atas kenderaan

SOLAT DI ATAS KENDERAAN
q  Hukum solat sunat di atas kenderaan hukumnya sah,baik kenderaan berupa binatang atau sebaliknya.
q  Bagi solat fardhu pula seseorang itu wajib turun dari kenderaannya kecuali jika dia tidak mampu.
q  Jabir bercerita,”Rasulullah pernah mengerjakan solat sunat di atas kenderaannya dengan menghadap ke arah kenderaan itu berjalan.Jika hendak menunaikan solat wajib,baginda turun dan menghadap kiblat.
1.    Meskipun demikian,pada saat takbiratul ihram tetap dianjurkan untuk menghadap kiblat.Hal ini berdasarkan hadis Annas yang berbunyi”Jika Rasulullah s.a.w melakukan perjalanan lalu hendak mengerjakan solat sunat beliau mengarahkan untanya ke arah kiblat.Setelah bertakbir,baginda mengerjakan solat menghadap ke arah mana sahaja kenderaan itu berjalan.Tetapi jika tidak menghadap ke arah kiblat,maka solatnya tetap sah.

2.    Imam Nawawi  menyebutkan bahawa kaum muslimin sepakat .apabila perjalanan  tersebut memenuhi syarat dibolehkan qasar,maka sah dilakukan solat dalam kenderaan.

Solat fardhu dalam kapal.

  • Solat tersebut sah dilaksanakan.Sebaiknya dilakukan sambil berdiri,jika berkemampuan.
  • Ibnu Umar meriwayatkan bahawa nabi pernah ditanya oleh seseorang tentang solat di atas kapal,”Bagaimana aku harus melakukan solat di atas perahu?Baginda menjawab,”Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika kamu takut tenggelam”.





Solat fardhu di pesawat.
Ø  Oleh sebab di dalam kapal terbang ada ruang-ruang yang boleh kita mengerjakan solat secara berdiri,maka hendaklah kita solat secara berdiri.Jika tidak mampu,maka bolehlah solat setakat mana yang boleh.
Ø         Berwuduklah secara bersederhana memandangkan kekurangan air.
Ø         Masalah kiblat hendaklah dilihat dalam peta di mana kita berada atau bertanyalah kepada pihak yang berkenaan di dalam kapal terbang itu.
Ø         Jika dia mengetahui bahawa pesawat itu akan mendarat setelah waktu solat habis,dan solat yang akan  dikerjakan di dalam pesawat udara itu tidak akan boleh dijamak dengan solat setelahnya,misalnya solat asar dan subuh maka dia harus mengerjakan solat di dalam pesawat dan tidak mengakhirkannya.
                                                          
Solat di atas kereta dan haiwan tungangan.
v         Jika kereta itu besar dan memiliki ruang luas untuk solat sehingga seseorang dapat mengerjakan solat dengan berdiri,rukuk dan sujud sambil menghadap kiblat,sementara dirinya sudah suci maka dia boleh mengerjakan solat di dalamnya.
v         Adapun solat di atas haiwan tunggangan seperti unta,kuda.keldai dan lainnya.Tidak sah jika dia tidak turun daripada tunggangan kecuali jika takut terkena hujan atau jalan berlumpur yang berbahaya jika dia turun dan dia tidak boleh berdiri tegak ketika melaksanakan solat.Ia juga sah jika dia takut tertinggal oleh temannya jika dia turun,atau khuatir akan serangan musuh atau takut tidak boleh naik ke atas tunggangannya lagi setelah turun.
v         Sebolehnya dia harus menghadap kiblat.Dia pun harus rukuk dan sujud,dengan menjadikan gerakan sujudnya lebih rendah daripada gerakan rukuknya.





Solat sunat dalam perjalanan di atas semua kenderaan.
ü  Solat sunat sah dikerjakan di atas segala jenis kenderaan seperti perahu,kapal dan lain-lain.
ü        Yang lebih utama dilakukan adalah membaca takbiratul ihram ketika dia menghadap kiblat.
ü         Bila sudah demikian,solat dilanjutkan dengan menghadap ke arah mana kenderaannya itu menghadap.