Follow blog saya kalau sudi :)

Wednesday, February 22, 2012

*PKK- kanak-kanak pendidikan khas*

Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.
MASALAH KECACATAN FIZIKAL

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda
a termasuk ketidakupayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

Di antara masalah yang di kategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.


MASALAH PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapt diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran.
Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad.

Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa.

Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.


MASALAH PENDENGARAN

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.
Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel.

Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel.

Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah.

Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.


MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meniggalkan suku kata atau mengubah bunyi suatu perkataan. Misalnya “saya” kepada “caya”.
Gagap merupakan gangguan kepada kelancaran percakapan. Aliran percakapan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap, dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah biasa. Masalah bahasa biasanya memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

*PKK- kanak-kanak berkeperluan khas*

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Autisme
Perlakuan yang bongkak
Ketawa dengan tiba-tiba
Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
Tidak mengenali bahaya.
Tidak merasai kesakitan.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Permainan yang luar biasa.
Tidak mahu didakap.
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Berkelakuan seperti orang pekak.
Tiada perhubungan mata bila bercakap.
Memutar barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tingkahlaku aktif keterlaluan.
Tidak mahu terima pelajaran biasa.
Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
Takut dan cemburu berlebihan.


Ciri-ciri Khusus
Kecacatan
Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
Bentuk muka yang kecil.
Bahagian kepala leper.
Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
Majoriti berambut lurus dan lembut.
Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
Berbadan gembal dan rendak.
Badan yang agak bongkok.
Suka bermanja, bermain dan gembira.
Dapat bergaul dengan baik.
IQ di antara 30 hingga 80.
Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.


Sindrom Down
Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Cacat Akal Ringan
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.
Ciri-ciri Khusus
Kecacatan
Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
Sukar bernafas.
Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
Selalu menangis.
Sukar bercakap dan memahami orang lain.
Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
Tidur yang berlebihan.
Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.


Cacat Akal Berat
Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Hyperaktif
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
Tidur yang tidak tetap.
Terlalu kerap menangis atau ketawa.
Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Ciri-ciri Khusus
Kecacatan
Murung dan menyendiri.
Aktiviti fizikal yang pasif.
Tiada respond pada persekitaran.
Suka termenung.
Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
Menundukkan muka bila nama dipanggil.
Suka bermain sendirian.
Suka berkhayal.

Hypoaktif
Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Spastik
Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
Tidak berupaya mengangkut badan.
Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
Tidak berupaya memegang objek.
Tidak berupaya mengurus diri.
Ciri-ciri Khusus
Kecacatan
Kebolehan yang luar biasa.
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
pergaulan dengan kanak-kanak lain.
Perkembangan bahasa yang lambat.
Perbendaharaan kata yang kemas.
Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
Suka mencari helah.
Pintar Cerdas

Sunday, February 12, 2012

PEDAGOGI- kaedah pengajaran tilawah 3

5.0 Kaedah Soal jawab.
Kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang melibatkan pelajar danguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman pelajar terhadap topik atau pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikir tentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al Quran, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh menyoal pelajar tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dipelajari. Sebelum menyoal pelajar, guru perlu memberikan masa kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat dengan betul. Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan cara bacaan terlebih dahulu.

5.1 Aplikasi kaedah soal jawab dalam pengajaran.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap.
- Guru membaca ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
- Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru secara kumpulan.
- Guru meminta pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat untuk aktiviti menghafaz ayat.
- Bersoal jawab tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.
- Guru membaca permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk menarik minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.
- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
- Guru memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal. Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
- Guru meminta pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
- Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta meneliti bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat kesalahan bacaan rakan mereka.
- Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
- Guru memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
- Pada aras ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara yang nyaring. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
- Pelajar menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan fasih.
- Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum tajwid yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.
- Pada aras tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan fasih serta bertajwid.

6.0 Kaedah Penerangan.
Kaedah penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi pengajaran secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar seperti gambar, carta atau LCD di samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui kaedah penerangan, guru perlu memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang disampaikan oleh guru dalam sesuatu tajuk.
Melaksanakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar di dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapan guru dengan jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.

6.1 Pelaksanaan kaedah penerangan.
- Penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai seperti ketika menyampaikan pengajaran baru.
- Guru hendaklah menyampaikan penerangan dengan ringkas dan bernas.
- Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan soal jawab secara lisan atau bertulis untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan guru.
- Penerangan boleh digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soal jawab, perbincangan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian kefahaman.
Kaedah penerangan sesuai diaplikasikan dalam semua tajuk pelajaran pendidikan Islam. Guru boleh melaksanakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran bahagian kefahaman ayat.
6.2 Aplikasi kaedah penerangan dalam pengajaran.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras satu.
(Ayat kefahaman)
- Guru memperdengarkan bacaan contoh melalui pita rakaman
- Pelajar diminta membaca ayat kefahaman yang akan dipelajari. Guru meminta semua pelajar meneliti kalimah dan ayat yang dibaca.
- Guru menerangkan maksud ayat dengan menerangkan pengertian kalimah.
- Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai erti ayat dan maksud keseluruhan ayat ( pengertian hidayah dan rahmat Allah).
- Murid menyenaraikan isi penting maksud ayat.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras dua.
(Ayat kefahaman)
- Guru meminta pelajar menyebut erti ayat.
- Guru menerangkan tentang isi-isi penting dalam ayat kefahaman ( cara mendapat hidayah Allah )
- Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan (ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah).
- Pelajar membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.
- Guru mengulas dan memberi penerangan tentang hasil perbincangan pelajar.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras tiga.
(Ayat kefahaman)
- Guru memberi penerangan tentang isi pelajaran maksud ayat ( akibat orang yang tidak mendapat hidayah)
- Guru meminta pelajar menyebut semula isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
- Guru meminta pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan tentang isi pelajaran ( maksud ayat )
- Murid menyenaraikan isi perbincangan ( ciri-ciri orang yang tidak mendapat hidayah Allah)
- Guru mengulas pembentangan pelajar dan memberi penerangan tentang isi pelajaran seterusnya (perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah Allah)


7.0 Penutup.
Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai

PEDAGOGI- kaedah pengajaran tilawah 2

3.0 Kaedah Latih Tubi
Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina ’Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.
Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.
Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.
3.1 Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
- Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat.
- Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
- Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum tersebut.
- Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak tiga kali.
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar.
- Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih.
- Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.
4.0 Kaedah Tasmik
Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid.Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

4.1 Pelaksanaan kaedah Tasmik.
- Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.
Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat.
- Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar.
- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

4.2 Kelebihan kaedah tasmik.
- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.
- Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
- Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar
- Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
- Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

4.3 Aplikasi kaedah Tasmik dalam pengajaran.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara kuat dan nyaring.
- Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam bacaan pelajar.
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara individu.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan pendek.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum tajwid.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid

Saturday, February 11, 2012

PEDAGOGI- kaedah pengajaran tilawah 1

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al Quran
1. Huraikan kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi hasil pembelajaran aras satu, aras dua dan aras tiga di dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al- Qur’an.


1.0 Pendahuluan.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.


2.0 Talaqqi musyafahah.
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
2.1 Talaqqi.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan denganpelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan denganpelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.
Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.


2.2 Musyafahah.
Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.
Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru danmelihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar

2.3 Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajarmendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.
Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

2.4 Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat bacaan)
Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.
- Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.
- Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan.
- Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat bacaan)
Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat dengan betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
- Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.
- Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid.
- Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
- Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di hadapan guru.
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat bacaan).
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.
- Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan secara perlahan.
- Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan individu.
- Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.



PEDAGOGI- kaedah mengarjar tilawah

1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.
 
Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau menghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – murid pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – murid pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha menarik minat murid – murid.
Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal pasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz – lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.
 
Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar – benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih. Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – murid dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluang untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan dengan guru.
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalam memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah – surah yang seterusnya.

3. KAEDAH LATIH TUBI.
 
Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid apabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha memastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu, kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan bimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid – murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran serta diakhir pembelajaran.

Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang – ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al – fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidak langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka. Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.

TITAS- Nota sribd

--->Mencari-Bahan-Atau-Maklumat-Mengenai-Tokoh

---->Print-t-Islam-2

1. Nota-TITAS-BAB1

2. Bab-2-Konsep-Asas-Tamadun-Islam

3. Nota-Titas-Bab-3

KURIKULUM P.I-pengenalan


PENDAHULUAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. “Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya” (Musa bin Daia,1986).
Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan Islam.”Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan (sensibility) para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan peri-laku, juga keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam nilai-nilai etik dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan umat manusia”(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000)
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap,kemas dan tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.
Oleh itu di dalam rencana ini penulis akan menerangkan mengenai kurikulum yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Kurikulum pendidikan Islam yang dimaksudkan di sini tidak terbatas setakat mempelajari mata pelajaran pengetahuan Ugama Islam sahaja sebagaimana kefahaman kebanyakkan masyarakat hari ini. Tetapi pendidikan Islam itu sebenarnya mempunyai skop jangkauan yang lebih luas meliputi semua cabang ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh agama Islam.
BAB I : KURIKULUM
<!–[i1.1 Definisi Kurikulum
Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.
Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut berubah.
Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.
Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:
“It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned inunfolding the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for completing and perfecting the individual”
Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan”.
Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”.
Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:
”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya”.
Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah.
BAB II: PENDIDIKAN ISLAM
2.1 Pendahuluan
Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam itu sendiri (Dr.Gamal Zakaria,2002). Pendidikan Islam berterusan seumur hidup, secara formal dan tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Bimbingan dan asuhan yang dilakukan oleh para pendidik diusahakan setiap masa secara ikhlas bertujuan menjadikan individu beriman dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989).
2.2 Definisi Pendidikan Islam
Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).
Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata ‘pendidikan’ dan ‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.
Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education.Manakala dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya “ta’lim” ( التعليم ) , tarbiyah (التربية ( dan ta’dib ) (التاديب . Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).
Kata at-ta’lim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-ta’dib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah ‘latihan atau ajaran’ (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islamialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat 83:
افغير دين الله يبغون وله اسلم من فى السموت والارض طوعا وكرها واليه يرجعون
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”
Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988)
Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .
Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004).
Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.
2.3 Dasar Pendidikan Islam
Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama.
2.4 Tujuan Pendidikan Islam
Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna.
Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk mencapai tujuan hidup tersebut.
Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk:
i.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah Faathir ayat 39:
هو ا لذ ي جعلكم خلا لف في الارض
Ertinya: “Dia-lah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”
ii.Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56:
و ما خلقت الجن والانس الاليعبدون
Ertinya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, “tujuan sejati pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga berpengetahuan, yang satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya” (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000).
Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya.
Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya, baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup ( Abdul Raof Dalip, 1990).
Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas, maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001)
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.
2.5 Matlamat Pendidikan Islam
Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara matlamat-matlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman, beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah perkembangan tingkahlaku yang sihat. Ekoran daripada matlamat murni ini berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab (Kamarudin Hj. Kacar,1989).
Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani.
Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan.
Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku ‘Pedagogi Pendidikan Islam’ ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah;
“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.”
Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan berikut;
“Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jama’ah. Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah tercapainya kebajikan,kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.
BAB III: KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
3.1 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).
Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum pendidikan Islam itu merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk mencapai tujuan pendidikan agama (pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.
3.2 Materi Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum pendidikan Islam meliputi tiga perkara iaitu masalah keimanan (aqidah), masalah keislaman (syariah) dan masalah ihsan (akhlak). Bahagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan). Termasuklah mengenai iman setiap manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt.
Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan kepada peraturan hukum Allah dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.
Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua perkara di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ketiga-tiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun Iman,Rukun Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa hukum agama, berupa ilmu tauhid, ilmu fiqeh dan ilmu akhlak. Selanjutnya ketiga kelompok ilmu agama ini kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar hukum Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis serta ditambah lagi dengan sejarah Islam.
Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden hari ini, bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah). Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau sains natural ( al-ulum al-Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-lain.
Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di dalam al-Quran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik anaknya. Bagi Negara Brunei Darussalam Keluasan ruang lingkup pendidikan Islam tertakluk kepada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan agama khas tentunya mempunyai pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci berbanding sekolah umum. Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi dan universiti.
Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara memperhatikan bahan yang tersedia,waktu serta jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak tertentu.
“Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu mata pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam mengenai sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama Islam itu supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai suatu cara hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang lain terutama sekali ilmu Sains” (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982)
Bagi merumuskan maksud prinsip-prinsip kurikulum pendidikan Islam kita lihat pandangan Prof. Mohd. Athiyah (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Beliau menjelaskan;
“Pendidikan moden sekarang ini memerlukan pendidikan Islam. Iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan. Ini membuatkan kita belajar untuk ilmu dan kelazatan ilmiah. Dengan demikian kita terlepas daripada keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, penjajahan dan keangkaramurkaan, serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya. Demi untuk mendapat bersama menikmati suatu kehidupan yang abadi hidup bersama saling bantu-membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia”
3.3 Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam
Di antara perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar.
Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia “para sahabat” yang intelek, berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun hendaklah berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah berterusan ke peringkat universiti bersesuai dengan kehendak dan keperluanNegara.
Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk melahirkan individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang berbentuk teoritis sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material ( Hj. Abdullah Ishak, 1989)
BAB V: PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan kepada rencana yang ditulis ini maka dapatlah penulis membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:
i. Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t.
ii. Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah, akliah dan seluruh penghidupan manusia,perbuatan, tingkahlaku dan amalan. Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990).
Jelasnya,di dalam pendidikan Islam terkumpul empat bidang utama iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat serta kecergasan tubuh badan.
iii. Kurikulum Pendidikan Islam “bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati genarasi muda, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. Ia juga bertujuan untuk memperoleh pengetahuan secara berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja, kepercayaan dan akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup” (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992)
iv. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam pihak kerajaan pernah menegaskan tentang kepentingan penyusunan kurikulum secara teliti. Penekanan ini dibuat dengan tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya:
“Di bidang pelajaran, kerajaan beta sedang berusaha untuk meningkatkan lagi taraf pencapaian pelajaran di Negara ini. Sehubungan dengan ini, beta ingin menyatakan bahawa perancangan pelajaran yang tersusun rapid an teliti lagi consistent adalah mustahak dalam usaha untuk melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan Negara” (Pelita Brunei, 1989)
Manakala dibidang pendidikan khususnya pendidikan agama (Islam) pihak kerajaan tetap mengutamakan pendidikan Islam agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam dapat menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap. Dengan itu negara Islam akan tetap wujud dan bangsa Melayu yang mendaulatkan raja akan terus gemilang yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja yang sewajibnya dikekalkan sepanjang zaman:
“Pendidikan pada khususnya mestilah jelas, bahawa keperluan umum tidak akan mengatasi keperluan agama. Dalam makna, pendidikan agama juga hendaklah sama-sama diutamakan. Di peringkat asas, pendidikan agama hendaklah sempurna, sementara di peringkat tinggi pula hendaklah mampu melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia kurang atau dikurangkan. Kerana berdasarkan fakta sejarah di mana-mana sahaja, jika pendidikan agama lemah, maka akan lemah pulalah bangsa” (Himpunan Titah,2006)
Akhir kata penulis ingin menyeru setiap individu agar mengutamakan pendidikan Islam dalam segala aspek kehidupan. Seterusnya di dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan pendidikan Islam di setiap peringkat persekolahan maka penyusunan kurikulum pendidikan Islam secara teliti, sistematik sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa hendaklah diutamakan. Manakala bagi menghasilkan kejayaan yang sempurna maka pembentukannya hendaklah melalui kerjasama yang erat semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan dengan disokong oleh pihak kerajaan.