Follow blog saya kalau sudi :)

Friday, April 20, 2012

TITAS - SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG BOTANI PART 1

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG BOTANI


Pengenalan



Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan. Oleh dengan demikian, dalam bidang botani mereka mempelajari semua cabang ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan, metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan. Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu.



Ilmu tentang botani mencapai kemuncak jayanya di Sepanyol. Oleh itu, kebanyakkan sumbangan botani dapat dilihat di Sepanyol. Hal ini secara tidak langsung telah lahirnya sejumlah ahli botani yang terkemuka di tanah Eropah tersebut.



Hasil daripada usaha dan penelitian yang dilakukan para ahli botani muslim di Sepanyol telah berjaya menemui perbezaan mengenai jenis-jenis tumbuhan. Para ahli botani islam yang telah tertarik terhadap tumbuhan telah membawa mereka menjelajah ke serata dunia yang terbentang luas.



Para ahli botani Islam telah datang dari satu wilayah ke wilayah yang lain untuk mengeksplori kawasan pergunungan dan melihat keluasan gurun pasir sambil mencari jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gurun. Para ilmuwan islam tersebut telah mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan yang mereka kumpulkan berdasarkan habitat tumbuhan tersebut dan proses cara pembiakan tumbuhan tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan mereka untuk mengetahui cara dan bahagian tumbuhan yang terlibat dalam berlakunya proses pembiakan ataupun percambahan.



Pada era tersebut, para ahli botani muslim telah Berjaya menemui pelbagai cara pembiakan tanaman. Ada yang berkembang dengan pembenihan, pemotongan tangkai, ada juga tumbuhan yang tumbuh dengan proses pembelahan sel sendiri seperti rumput liar. Para ilmuwan islam Sepanyol telah Berjaya mengembangkan ilmu botani jauh lebih tinggi sebelum barat melakukannya.



1.1 SUMBANGAN



Kedatangan orang-orang islam ke Andalus mampu mengasaskan satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui system perladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang-orang islam yang memang terkenal dalam bidang perdagangan dan perniagaan telah menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh islam di Eropah. Mereka mendirikan kedai-kedai perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelusuk dunia.



Umat Islam mengembangkan suatu kecapaian saintifik pada botani dan pertanian berasaskan tiga elemen utama; sistem canggih putaran tanaman, teknik irigasi dikembang secara tinggi, dan pengenalan kepelbagaian besar tanaman yang telah dikajikan dan dikatalog menurut musim, jenis tanah dan jumlah air yang mereka memerlukan. Beberapa ensiklopedia pada botani dihasilkan, dengan ketepatan dan perincian yang tinggi. 



Umat islam Andalus juga banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat Eropah dalam bidang pertanian iaitu dengan memperkenalkan berbagai jenis tanaman dan teknologi pertanian yang selama ini belum dikenali oleh mereka. Berbagai jenis tanaman seperti padi, anggur, limau, kurma, tembikai kuning, ros biru, tebu, kapas dan sebagainya. Demikian juga dengan teknologi pertanian seperti empangan, saliran, cara pembiakan dan sebagainya. Segala pengalaman ini dicurahkan kepada masyarakat tempatan sehingga menjadi amalan di Eropah ketika itu.



Dalam bidang botani, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. 



Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Al Jahiz telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.. Karyanya yang berjudul “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al Ma’adin" menerangkan mengenai tumbuhan. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan. 



Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.



No comments:

Post a Comment