Follow blog saya kalau sudi :)

Friday, April 20, 2012

TITAS - SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG BOTANI PART 2

1.2 TOKOH-TOKOH BOTANI

1.2.1 Al-Jahiz (164-255H / 780 – 868M)

Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi. Dalam bidang botani beliau telah menulis buku “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al Ma’adin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan serangga.

1.2.2 Ibn Al-Baitar

Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian . Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan.

1.2.3 Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)

Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

1.2.4 Al-Ghafiqi (meninggal 1165M)

Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu “ Al-Adwiah Al-Mufaradhah” mengenai herba perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam bidang tersebut.

1.2.5 Al-Nabati

Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

Kesimpulan

Sudah terang lagikan bersuluh, ilmu botani merupakan salh satu ilmu yang harus dipelajari sebagai ilmu pengetahuan tambahan. Dalam ilmu ini ramai ahlinya telah mencipta dan menemui pelbagai penemuan yang amat diperlukan terutamanya pada zaman ini yang kebanyakkannya lebih menjerumus ke dalam dunia digital. Oleh itu, ilmu botani adalah salah satu cabang perubatan dimana melaluinya kita dapat mengkaji sifat-sifat tumbuhan tersebut disamping mengaplikasinya.

Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta¬madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan. Seperti kita sedia maklum, masyarakat islam kini sudah mencapai tahap tamadun yang disegani didunia, namun masih ada beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kemajuan islam. Mereka mula memecah belahkan islam sehingga mereka yakin bahawa islam tidak akan berkembang dengan lebih maju lagi. Hal ini kerana mereka tahu yang banyak ladang telah diusahakan oleh umat islam sendiri dan hasilnya boleh meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk islam dan secara tidak langsung pihak yang ingin memecah belahkan umat islam terasa terancam,maka wujudlah perang tanpa bersebab.



No comments:

Post a Comment