Nama sebenar ialah Burrhus
Federic Skinner. Dilahirkan pada 20 Mac 1904 dan meninggal dunia pada 18
August 1990. B.F.Skinner di gambarkan oleh rakan sepermainan beliau ketika
kecil di Pennsylvania seorang yang peramah. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau
menyukai mencipta sesuatu dan akhirnya kemahiran yang ada digunakan dalam
experimen psikologi beliau sendiri. Beliau menerima Ijazah Kesusasteraan Bahasa
Inggeris pada tahun 1926 dari Kolej Hamilton dan meluangkan masa menjadi
penulis sebelum beliau menjumpai hasil penulisan Watson dan Pavlov. Beliau
mendapat inspirasi dari penulisan dua tokoh ini dan membuat keputusan untuk
melepaskan kariernya sebagai penulis novel dan mengamabil ijazah
kedoktoran(Ph.D) dalam bidang psikologi di Universiti Harvard.
Menerbitkan buku berjudul Behavior of Organism yang
mengandungi huraian-huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan berdasarkan
kajian-kajian beliau yang telah dijalankan pada tahun 1930-an.
Pada tahun 1945,
beliau berpindah ke Bloomigton, Indiana dan memasuki Jabatan Psikologi di
Universiti Indiana. Tiga tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1948 beliau
mendapat tempat di Jabatan Psikologi di Universiti Harvard dan kekal di sana
sehingga nafas yang terakhir. Beliau menjadi salah seorang ketua behavioris dan
menjalankan kajian ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Skinner
telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus
boleh diaplikasikan ke atas manusia. Malah beliau pernah membesarkan anaknya,
Debbie di dalam kotak Skinner. Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep
berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia.
Anugerah yang telah diperoleh sepanjang
karier beliau ialah National
Medal of Science from President Lyndon B. Johnson (1968) , Gold Medal of the
American Psychological Foaudation (1971), Human of the Year Award (1972) dan
Citation for Outstanding Lifetime Contribution to Psychology.
TEORI
PELAZIMAN OPERAN SKINNER
Skinner pernah mengkaji teori-teori
behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka
menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu
rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku
manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal
tingkahlakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut
urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim,
tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.
Kesimpulannya, Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya.
Bagi membuktikan hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang
dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh
dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan.
Skinner
telah menjalankan tiga eksperimen bagi membuktikan hipotesis beliau.
1.
Eksperimen pertama
- Seekor tikus yang
lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner . Di dalam kotak tersebut, terdapat
sebuah mangkuk disambungkan kepada alat penekan. Apabila alat penekan itu
dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding
bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya.
- Tikus yang lapar
kelihatan berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner untuk
mencari makanan.
- Apabila ia terpijak
alat penekan, makanan disalurkan ke dalam mangkuk.
- Tindakan yang berulang
kali telah membawa kesedaran kepada tikus tersebut untuk memperolehi makanan.
Dan apabila tikus itu dikeluarkan dari Kotak Skinner kemudian di masukkan
kembali ke dalam Kotak Skinner, ia terus memijak alat penekan tersebut.
Pada
peringkat ini, tikus tersebut telah belajar cara memperolehi makanan dengan
memijak alat penekan tersebut,. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner
sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan.
2.
Eksperimen kedua
- Skinner memutuskan
hubungan mangkuk dengan alat penekan. Jadi, apabila tikus memijak alat penekan
dalam Kotak Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam mangkuk.
- Tikus mula berulang
kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama, tetapi akhirnya berhenti
memijak alat penekan tersebut apabila mendapati makanan tidak akan dikeluarkan
lagi.
Fenomena
ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu makanan
(ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat penekan
tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku dalam
kajian pelaziman klasik.
3.
Eksperimen ketiga
- Skinner menyambung
hubungan lampu dengan alat penekan, di mana apabila tikus memijak alat penekan,
lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan secara serentak.
- Jika lampu tidak
menyala, makanan juga tidak akan keluar.
- Proses ini
diulang-ulang hingga kelihatan tikus hanya memijak alat penekan apabila lampu
menyala sahaja.
Skinner menghuraikan fenomena ini
sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu tikus telah belajar konsep
diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai untuk memijak alat penekan
untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati berlaku dalam kajian pelaziman
klasik.
Terdapat lima jenis
proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitupeneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premackdan pelupusan.
a) Peneguhan Positif
Peneguhan
positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan ini
adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong
pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
Tingkah laku
|
Kesan/akibat
|
Tingkah laku masa hadapan
|
Pelajar mengemukakan soalan yang baik
|
Guru memberikan pujian kepada pelajar
|
Pelajar mengemukan lebih banyak soalan yang baik.
|
Menurut Brophy (1981), cirri-ciri pujian (peneguhan positif) yang
memberi kesan ialah:-
a) Memuji secara ikhlas
b) Memuji dengan cepat
c) Memuji tanpa pilih
kasih
d) Memuji usaha dan cuba
jaya
e) Memuji tingkah laku
yang spesifik
f) Memuji jawapan atau
respon yang spontan
b) Peneguhan negatif
Peneguhan
negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Tingkah laku
|
Kesan/akibat
|
Tingkah laku masa hadapan
|
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
|
Guru berleter kepada pelajar.
|
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya.
|
Rajah
di atas menunjukkan peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku
yang diingini. Jadual di atas meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala
tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan
berkala nisbah berubah.
Peneguhan
|
Maksud
|
Contoh
|
Bentuk Gerak Balas
|
Tindakan apabila peneguhan
diberhentikan
|
Peneguhan berterusan
|
Peneguhan diberi selepas setiap
gerak balas.
|
Menonton televisyen.
|
Cepat memberi kesan.
|
Kurang ketekunan dan kehilangan
tindak balas dengan cepat.
|
Peneguhan berkala tetap
|
Peneguhan diberi selepas satu
jangka masa yang ditetapkan.
|
Kuiz mingguan
|
Tahap gerak balas meningkat
apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan.
|
Menunjukkan sedikit ketekunan dan
penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan
berlalu.
|
Peneguhan berkala berubah
|
Peneguhan selepas jangka masa
berubah-ubah.
|
Pop kuiz
|
Pelajar akan lambat member gerak
balas, berhenti seketika selepas peneguhan.
|
Ketekunan masih tinggi dan kadar
penurunan gerak balas yang perlahan.
|
Peneguhan berkala nisbah tetap
|
Peneguhan selepas bilangan set
gerak balas yang telah ditetapkan
|
Kerja yang dibayar mengikut kadar
|
Cepat member gerak balas: berhenti
seketika selepas peneguhan
|
Tiada nilai peneguhan di mana
peneguhan hilang nilanya bila kerap diberikan peneguhan yang sama.
|
Peneguhan berkala nisbah berubah
|
Peneguhan selepas beberapa
bilangan gerakbalas yang berubah-ubah
|
Mesin yang mengeluarkan tiket
dengan memasukkan wang ke dalamnya.
|
Gerak balas yang sangat tinggi dan
masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan.
|
Kekal tinggi.
|
Jadual Peneguhan Skinner
c) Dendaan
Adalah
satu proses atau cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah laku yang
tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini membawa kesan negatif yang membawa
kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Tingkah laku
|
Kesan/akibat
|
Tingkah laku masa hadapan
|
Pelajar membuat kotok dalam kelas.
|
Guru member amaran kepada pelajar.
|
Pelajar tidak lagi membuat kotor di dalam kelas.
|
Dendaan
dibahagi kepada dua:-
Dendaan persembahan
|
Dendaan Penyingkiran
|
Disebabkan oleh sesuatu rangsangan yang menyebabkan perubahan
tingkah laku diri pelajar tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia
menakutkan pelajar.
Contoh:-
Pelajar tidak suka membaca buku, kemudian guru mengadakan sistem
demerit agar pelajar membaca buku.
|
Berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Guru atau ibu bapa tidak
member kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul.
Contoh:-
Pelajar mendapat markah rendah dalam ujian, ibu bapa mengenakan denda
agar pelajar tidak boleh keluar rumah untuk bermain sehingga mendapat markah
yang baik.
|
d) Prinsip Premack
Konsep
utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati kepada
aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti
yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai ‘Grandma’s Rule’ yang
berasaskan kenyataan ‘ kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayur-sayuran
ini.’ Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan menyelang selikan
aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan kadar
pembelajaran murid.
e) Pelupusan
Bermaksud
perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini
dapat diatasi jika:-
- Peneguhan untuk
sesuatu perlakuan itu dikenal pasti.
- Peneguhan itu tidak
lagi digunakan
- Guru bersabar dalam
menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN.
- 1. Untuk mengukuhkan sesuatu
kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah memberikan peneguhan
secara berterusan dan diikuti secara berkala.
- 2. Berbanding peneguhan negatif
yang membawa kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang membawa
keseronokan adalah lebih berkesan.
- 3. Prinsip penghapusan melalui
proses pelaziman operan adalah lebih sesuai digunakan untuk
memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini, misalnya
menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif
atau peneguhan negatif.
- 4. Konsep diskriminasi melalui
proses pelaziman operan membantu murid untuk memperolehi ilmu serta
kemahiran dengan tepat.
- 5. Prinsip Jadual Peneguhan
Skinner dapat digunakan untuk merancang serta melaksanakan peneguhan berterusan
dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan
dapat dikekalkan.
- 6.
Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.
- 7. Guru
harus berhati-hati dalam memberi peneguhan negatif kerana murid akan
menganggapnya sebagai hukuman
ANALISIS TEORI
MENGGUNAKAN TEKNIK S.W.O.T
Kekuatan (Strength)
|
· Untuk mencapai
kejayaan, yang paling penting dalam pelaziman operan ialah konsep dskriminasi
.
· Untuk
meningkatkan keebarangkalian gerak balas murid, peneguhan positif merupakan
rangsangan yang penting.
|
Kelemahan (Weakness)
|
· Peneguhan negatif
akan menghasilkan tingkah laku yang diingini, tetapi ia membawa kesan yang
tidak menyeronokkan.
|
Peluang (Opportunity)
|
· Pembelajaran berlaku
melalui pelaziman operan diri sendiri.
· Konsep diskriminasi
boleh dikuasai oleh manusia melalui proses pelaziman operan.
|
Ancaman (Threat )
|
· Jika peneguhan tidak
diberikan, penghapusan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan akan
berlaku.
|