Follow blog saya kalau sudi :)

Saturday, July 28, 2012

*implkikasi pelaziman operan thorndike*


IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN THORHDIKE TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.
Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid. Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.

No comments:

Post a Comment