Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang
membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan
kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu
pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang
relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini,
definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam
kalangan ahli teori.
Berikut dikemukakan beberapa definisi teori yang diberikan
oleh sarjana Barat.
Mieke Bal (1985) Sebelum memahami definisi teori sastera,
elok difahami terlebih dahulu makna teori. menyebutkan `a theory is a
systematic set of generalized statements about a particular segment of reality.
Menurut Heinan (1985) pula, teori ialah `a group of logically organized laws or
relationships that constitute explainnation in a discipline`. Davis (2000) pula
menyebutkan `theory is a simply an idea about why people are the way they are
and act the way they act’.
Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai satu
himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan
gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan
antara pembolehubah. Kerlinger menambah, tujuan teori itu mengandungi beberapa
konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan
pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu terjadi.
No comments:
Post a Comment