Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

KB- konsep belajar

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR  
     Konsep kemahiran belajar terdiri dalam pelbagai pendapat. Sungguhpun ada yang berpendapat bahawasanya belajar itu adalah sebahagian dari menghafal dan membuat latihan. Malah ada juga yang berpendapat ia adalah dengan mendapatkan info serta membuat rujukan dari pelbagai sumber. Oleh itu konsep belajar ini boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang yang menggunakannya.
   Belajar adalah satu proses pendidikan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku. Perubahan yang dimaksudkan adalah kesan daripada pembelajaran yang dipelajari. Belajar juga melibatkan seseorang dalam memproses maklumat yang membawa kepada perubahan,peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
   Dengan mengemukakan persoalan kepada seseorang, maka dia menjawab persoalan itu. Adakah anda sedar dari mana maklumat jawapan itu diperolehi? Secara tidak langsung inilah proses pembelajaran kerana maklumat mesti diperolehi daripada sumber-sumber yang dibaca dari buku ataupun dari internet.
    Kita sering didedahkan dengan maklumat. Namun tidak semua maklumat itu kita perolehi dengan perhatian malah secara tidak langsung maklumat itu sampai kepada kita. Bagi pengalaman dan maklumat yang penting, satu proses mental akan berlaku dan maklumat terus disimpan ke dalam minda kita. Kita akan memilih sama ada untuk menyimpan maklumat itu ke dalam minda ataupun mencatatnya ke dalam buku nota agar ia mudah dikeluarkan kembali sekiranya maklumat itu diperlukan semula.
    Woolfolk, A.(2001) mengertikan belajar adalah sebagai apabila belakunya perubahan tingkah laku dan pengetahuan seseorang secara konsisten. Perubahan ini berlaku sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan.Menurut kamus Inggeris- Melayu Dewan (1992) belajar diertikan sebagai  memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.
   Pada pendapat Jerome Bruner (1966). Konsep belajar ini merupakan suatu pendekatan dalam belajar, dimana pelajar berinteraksi dengan lingkungannya dengan jalan mengeksplor dan memanipulasi objek, bergulat dengan sejumlah pertanyaan dan kontroversi atau melakukan percobaan. Idea dasar dari konsep ini adalah pelaar akan mudah mengingat suatu konsep jika konsep tersebut mereka dapatkan sendiri melalui proses belajar penemuan
    Tambahan pula,konsep yang disampaikan oleh David Ausebel (1969). Beliau berpendapat bahwa guru harus dapat mengembangkan potensi kongitifpelajar melalui proses belajar yang bermakna. Bermakna iaitu materi pelajaran yang baru sesuai dengan konsep yang ada dalam struktur kognisi pelajar.
   Menurut John Dewey pendidikan merupakan proses pembentukan kemampuan dasar yang fundamental, baik menyangkut daya pikir atau daya intelektual, maupun daya emosional atau perasaan yang diarahkan kepada tabiat manusia dan kepada sesamanya.  Pendidikan ialah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan ( Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1991 ).
    Menurut Gagne (1970), Belajar merupakan kegiatan yang kompleks, dan hasil belajar berupa kapabilitas, timbulnya kapabilitas disebab oleh stimulasi yang berasal dari lingkungan dan proses kognitif yang dilakukan oleh pelajar. Belajar terdiri dari tiga komponen penting yakni keadaan eksternal iaitu stimulus dari lingkungan dari acara belajar, keadaan internal yang menggambarkan keadaan internal dan proses kognitif siswa, dan hasil belajar yang menggambarkan informasi verbal, keterampilan intelek, keterampilan motorik, sikap, dan siasat kognitif.
  Proses belajar juga mempunyai beberapa peringkat. Pertama, mestilah mempunyai rangsangan-rangsangan seperti peta minda dan carta. Selain itu, pemilihan rangsangan yang baik juga amat penting agar ia sesuai dengan organ deria seperti penggunaan audio. Tambahan pula pemikiran perlu dipengaruhi bagi memudahkan proses pembelajaran itu untuk menjadikan ingatannya kuat seperti penggunaan warna-warna bagi ayat-ayat mahupun maklumat tertentu.
     Perkara yang dipelajari juga adalah salah satu cara untuk membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan kepada seseorang. Ini kerana ia memperbaikkan lagi seseorang ilmu daripada tidak berilmu kepada berilmu. Namun demikian,pengetahuan itu perlu dipraktikkan dalam apa jua situasi yang sesuai bagi menjadikan ilmu itu tidak sia-sia.Hasilnya. Perubahan tingkah laku akan kelihatan dalam proses pembelajaran itu.
   Proses pembelajaran ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada individu kerana seseorang yang tidak belajar dia tidak mengetahui bahawa perkara yang dia lakukan. Bahkan dengan mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan ia akan membantu seseorang itu dengan membuat sesuatu perkara dengan baik dan tahu membezakan yang betul ataupun yang salah. Ini bermakna belajar akan menghasilkan perubahan ke dalam diri seseorang.
    Belajar bukanlah hanya untuk orang yang tertentu sahaja. Namun ramai yang beranggapan jika dirinya tidak layak untuk belajar. Anggapan itu salah  kerana belajar adalah satu proses mencari maklumat. Bagi orang yang menyedari kelemahan dirinya,dia seharusnya meningkatkan kerajinan dirinya untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sedar atau tidak seseorang itu dapat mencipta strategi belajarnya sendiri kerana berusaha untuk mencari maklumat dari sumber- sumber yang terbaik.
   Tambahan pula, setiap orang telah melalui proses pembelajaran sejak dari bayi lagi. Ia merupakan aktiviti yang datang secara semulajadi. Pada ketika itu pembelajaran menggunakan deria kita. Pendidikan awal bagi seseorang itu ialah melalui sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
    Berlainan pula degan cara pembelajaran di sekolah. Ini kerana ramai orang menyangka bahawasanya pembelajaran sekolah merupakan sifat yang sangat formal dan sangat berstruktur. Sering juga orang berpendapat jika adanya proses pembelajaran  itu seharusnya ada tempat, meja, kerusi, guur bercakap,mengambil nota dan peperiksaan. Sebenarnya ia adalah hanya sebahagian daripada proses pembelajaran dan ia juga tidak semestinya berkesan kepada semua orang.
    Dengan mengaplikasikan cara kemahiran belajar yang pelbagai ia banyak yang menghasilkan kesan yang terbaik. Ia tidak boleh disangkal dengan pembuktian kewujudan tokoh-tokoh yang berjaya. Dalam perspektif islam, Nabi Muhammad S.A.W sendiri menggunakan kemahiran belajarnya yang tersendiri. Baginda menerma wahy pertama iaitu surah al-alaq yang dimulai dengan kalimah ‘bacalah’’. Ini membuktikan bahawasannya kemahiran belajar ini telah lama wujud dan dipraktikkan untuk mengecapi kejayaan unutuk diri,agama,masyarakat dan negara.
  Dewasa kini, Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010. Tidak dinafikan beliau adalah seorang yang berjaya yang menjadi contoh kepada anak-anak bangsa untuk maju dengan menggunakan kemahiran belajar tersendiri. Beliau rajin untuk memperbaiki kelemahan diri dan tidak putus asa dalam menjalani cabaran yang mendatang. Tun Dr . Mahathir Bin Mohamad mantan perdana menteri Malaysia yang mencetuskan ideanya untuk menjayakan wawasan 2020. Beliau menggunakan strategi dalam melakar pembangunan Negara dan melaksanakannya.
  Kesimpulannya, tidak hairan jika setiap orang tidak mempunyai persamaan pada pengalaman mereka kerana cara penerimaan belajar bagi setiap orang adalah berbeza.

No comments:

Post a Comment