Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

PI-Taharah

2.0 KONSEP KEBERSIHAN:TAHARAH,WUDUK,MANDI DAN TAYAMMUM
2.1 TAHARAH
   Taharah atau bersuci merupakan tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia adalah asas penerimaan ibadat. Sekiranya seseorang itu tidak bersuci dan membersihkan diri dari segi tubuh badan, pakaian dan tempat mengerjakan ibadat,maka solatnya tidak diterima. Sekiranya solat yang menjadi tiang agama tidak diterima ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.
   Dalam konsep taharah, ada juga pembahagian air. Pembahagian air ini bertujuan membolehkan atau tidak penggunaannya dalam bersuci begitu juga dengan air yang harus diminum atau tidak. 7 punca air ialah air sungai, air laut, air hujan, air perigi,air embun, air mata air dan air beku/salji.
2.1 WUDUK
   Wuduk dari segi bahasa ialah menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu. Manakala dari segi istilah syarak pula ia adalah membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.
  Fardu wuduk ada enam. Diantaranya ialah niat, membasuh muka,membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh kaki hingga dua buku lali dan tertib.

2.3 MANDI
   Mandi adalah salah satu dari perbuatan untuk menyucikan diri. Perkara-perkara yang mewajibkan mandi ialah bersetubuh(jimak), keluar mani, mati, haid, nifas(darah yang mengiringi selepas bersalin) dan wiladah.
   Rukun mandi wajib adalah niat untuk mengangkat hadas besar.

.4 TAYAMUM
  Takrif tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tanan dengan syarat – syarat  tertentu. Syarat- syarat tayamum ialah apabila ketiadaan air, keuzuran kerana sakit, air diperlukan untuk keperluan yang lebih panjang dan  ia dilakukan setelah masuk waktu. Selain itu, kitahendaklah mengetahui arah kiblat yang sebenar sebelum tayamu dan hendaklah menggunakan debu tanah yang suci.

No comments:

Post a Comment