Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

KB- Cara guru

2.0     BIMBINGAN GURU DALAM BILIK DARJAH AGAR MURID DAPAT MEMPRAKTIKKAN DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Soalan: Jelaskan bagaimana guru dapat membimbing murid-murid dalam bilik   darjah supaya mereka  dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Menurut Osberne & Freyberg (1985), walaupun pelajar digalakkan membina sendiri pengetahuan mereka, guru masih memainkan peranan penting dalam proses P&P. Malah peranan guru bertambah jika dibandingkan dengan peranan guru apabila berkuliah sahaja kerana guru perlu bertindak sebagai fasilitator. Guru perlu membimbing pelajar untuk membina pengetahuannya sendiri dengan mengadakan peluang-peluang pembelajaran yang menggalakkan pembelajaran.Ini kerana Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di bilik darjah. Penekanan diperlukan untuk memberi implikasi agar murid dapat mengaplikasikannya ke dalam hidup seharian mereka.
 Contohnya Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu unsur KBKK sebenarnya telah lama wujud melalui unsur-unsur teras Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat dicapai. Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kehadiran unsur-unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya usaha memperlengkapkan guru-guru dengan pengetahuan tentang KBKK dapat dijalankan secara tepat dan berkesan.
Dalam proses pengajaran yang berpusatkan guru, pelajar menjadi pasif atau bersifat sehala.  Situasi pengajaran yang kurang menarik dan menjadikan pelajar kurang berminat untuk belajar. Pihak Jemaah Nazir Persekutuan (KPM/JNP,1993) melaporkan pengajaran yang membosankan telah mengaburkan pencapaian objektif pembelajaran dan matlamat pendidikan. Hasrat untuk melahirkan pelajar yang kreatif tidak kesampaian. Menurut Cropley (1992:231):
“seseorang tidak akan menjadi pelukis, penyajak atau pemuzik dengan hanya membaca buku tentang lukisan, sajak atau muzik. Begitu juga dengan mencalit warna ke atas kanvas, membentuk sajak yang tidak teratur atau cetuskan nota muzik, tidak menjadikan seseorang itu artis kecuali dua perkara, iaitu: potensi kreatif dan pendidikan yang menekankan kreativiti”.
Oleh itu, guru  boleh membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran berfikir ini melalui pelbagai cara dan alternatif . Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Di sini terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu dengan menggunakan peta minda, soalan dan persoalan, pengurusan grafik, dan cort. Begitu juga dengan alat-alat berfikir yang lain iaitu instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
            Sebagai seorang guru, peranan yang paling penting dalam memulakan pengajaran ialah merancang. Perancangan yang terbaik adalah amat berkesan sekiranya guru berkenaan mengenal pasti masalah dan maklumat yang perlu disampaikan. Dengan ini guru akan focus dalam mencapai matlamat tersebut dengan menggunakan pelabagai cara pengajaran yang efektif.

No comments:

Post a Comment