Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

PI- Muamalat

2.5 SISTEM MUAMALAT
   Muamalat ialah system jual beli dalamprespektif islam. Dengan adanya mata pencarian dengan nafkah hidup  sama ada melalui bekerja sendiri dalam bidang pertanian, perdagangan, berniaga, atau bekerja dalam perkhidmatan kerajaan mahupun perseorangan. Apabila permintaan terhadap sesuatu barangan seperti keperluan harian maka wujudlah aktiviti jual beli.
   Oleh itu, beberapa panduan tentang muamalat perlu di titikberatkan oleh masyarakat agar urusan yang dilakukan menepati kehendak islam. Dalam muamalat perkara utama yang perlu dielakkan ialah penipuan. Penjal seharusnya mengelakkan diri dari mengurangkan timbangan pada barangan yang di jual. Dalam muamalat ia mengamalkan konsep keberkatan rezeki bukanlah semata kerana keuntungan.
   Islam juga mengalakkan umatnya agar memberi hutang kepada orang mislin yang kurang kemampuan dengan perjanjian apabila berkemampuan atau sampai tempoh perjanjian akan membayarnya. Kita juga dilarang untuk meninggikan harga barangan sewenang-wenangnya kerana ia adalah satu penganiayaan.
   Tamabahan pula, sebagai pembeli perlulah meredhai menangung sidikit kerugian pada nilai barangan yang dibeli dengan harga yang rendah. Sebagai penjual pula perlulah wujud sikap bersedekah. Maksudnya, wujudkan kelonggaran dalam jual beli bersama fakir miskin.
    Diantara syarat-syarat bermuamalat pula ialah bersih niat dalam menjalankan ibadat muamalat. Begitu juga dengan masa, sebagai peniaga hendaklah pandai menguruskan masa agar tidak leka dengan jualan dan menunaikan ibadah solat. Selain itu juga, seharusnya kita menganggap perniagaan adalah satu fardu kifayah yang perlu ada dalam diri seorang muslim. Wajib juga ke atas kita menjauh perkara dan jual beli yang melibatkan pengharaman dari segi cara dan barangan. Pengesahan ke atas barangan juga penting supaya muamalat yang di jalankan tidak menghadapi sebarang masalah. Di sini juga amat ditegaskan bahawasanya amalan riba’ adalah haram sama sekali.

No comments:

Post a Comment