Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

KB- kemahiran berfikir

1.0       KEPENTINGAN MURID-MURID MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR
Soalan: Huraikan kepentingan murid-murid menguasai kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir adalah satu kemahiran yang dikuasai oleh setiap orang. Namun kemahirannya tidaklah semuanya berada ditahap yang sama. Ini kerana faktor yang mempengaruhi seseorang itu adalah berbeza. Berfikir mempunyai tujuannya tersendiri iaitu mencari makna. Menurut John Dewey dalam buku kemahiran berfikir, pada pendapatnya berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Dengan berfikir juga ia melibatkan tiga komponen iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.

Pada masa kini, dalam dunia yang serba canggih dan mencabar ini, kita perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menangani pelbagai masalah yang bakal mendatang. Kepentingan menguasai kemahiran berfikir amat penting terutamannya kepada murid-murid. Dalam HSP BahasaMelayu Tingkatan IV (KPM/PPK, 1989:x) diharapkan:
“ ... dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ... memberi tumpuan terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan kreatif ... untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ... melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan berdaya saing ... berupaya mencapai kesempurnaan diri”.
Dengan menguasai kemahiran berfikir, murid-murid dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan sendirinya. Menyelesaikan masalah sendiri diertikan sebagai strategi atau proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif untuk memutuskan cadangan yang terbaik bagi menyatakan sesuatu kesukaran, halangan atau kekurangan yang dihadapi. Guilford, pada tahun 1959 juga berpendapat dengan kemahiran berfkir ini adalah “sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima”.

Sebagai contoh, dalam kelas subjek Matematik guru telah memberi muridnya mereka soalan berkaitan dengan matapelajaran. Dalam bab tambahan, soalan yang diberi ialah Ali membeli buah oren untuk Mei Li sebanyak tujuh biji manakala untuk Hassan lima biji dan untuk Rajan 3 biji. Berapakah jumlah buah oren yang dibeli oleh Ali untuk rakannya? Dari sini, murid akan menggunkan kemahiran mereka iaitu memikirkan jawapan yang rasional untukpersoalan berkenaan. Mereka akan menggunakan formula dengan memahami masalah dan nyatakan dalam bentuk lazim mahupun ayat matematik.

Menurut pendapat William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seorang yang berfikir. Sekiranya soalan yang ditanya berdasarkan kognitif yang tinggi ,bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi juga(Kindsvatter:1992). Oleh itu, pelajar yang menggunakan kemahiran berfikir memerlukan keberanian kerana berfikir bukanlah satu perkara yang mudah dan remeh. Bahkan, dengan pemikiran yang logik ia akan membuahkan hasil pemikiran yang baik malah boleh dikongsikan bersama orang lain. Dengan ini, berfikir juga membentuk keberanian seseorang dalam menimbulkan sesuatu persoalan kepada yang lain.

Pendekatan yang lebih berkesan adalah seperti contoh ini:
Ahmad belajar matapelajaran Kemahiran Hidup dalam bab pertanian. Sebagai seorang pelajar yang baru mengenali bidang itu, Ahmad tidak faham bagaimana cara untuk menggali lubang di tanah bagi menanam biji kacang. Oleh itu, dia memberanikan dirinya untuk ke berjumpa gurunya dan menanyakan soalan bagaimana untuk menggali lubang tersebut. Akhirnya dia mendapat jawapan lubang digali dengan menggunakan cangkul.

Strategi asas dalam proses menyelesaikan masalah adalah mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian-penyelesaian, menilai dan meramal akibat setiap penyelesaian-penyelesaian dan seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi. Contoh kesilapan umum yang biasa dilakukan semasa membuat keputusan ialah tidak mengenali situasi bermasalah sebagai suatu masalah, dengan itu tidak mengambil tindakan untuk mengatasinya. Cara mengatasinya ialah mengenalpasti masalah yang dihadapi dan bersedia mengambil tindakan untuk mengatasinya. Dengan itu, murid akan mudah membuat sesuatu inferens setelah melakukan permerhatian terhadap masalah yang dihadapi dan yang cuba diselesaikan.

Selain itu, murid-murid perlu menguasai kemahiran berfikir bagi tujuan untuk membuat perbandingan. Maksudnya ialah mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara berdasarkan aspek-aspek yang tertentu. Perkara yang dikaji merupakan sesuatu objek, peristiwa, organisma, idea, sistem atau institusi. Tujuan membuat perbandingan ini adalah bagi memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih mendalam lagi. Ini akan mengelakkan seseorang itu daripada terkeliru. Selain itu, bagi membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks seperti mengelas, membuat definisi, dan membuat analogi. Dengan ia juga dapat mewujudkan murid yang berfikiran bestari dan intelek.

No comments:

Post a Comment