Follow blog saya kalau sudi :)

Tuesday, January 10, 2012

KB- Teknik

2.3 MENGGUNAKAN TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN

   Teknik untuk meningkatkan ingatan adalah seperti  penggunaan peta minda, carta dan warna. Ketiga-tiga elemen ini penting bagi meningkatkan daya ingatan pelajar. Lebih-lebih lagi dalam matapelajaran sejarah, sains dan matematik. Matapelajaran ini memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengingati tarikh dan formula.
   Selain itu teknik pengulangan pelajaran juga turut membantu dalam proses meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pemikiran pelajar. Ini dipraktikkan dalam teknik chunking, iaitu suatu teknik mengingat yang mudah dengan susunan struktur nombor ataupun suku kata yang teratur. Contohnya nombor telefon 0191113457 akan lebih mudah diingati jika disusun dengan cara chunking itu 019-111-3457.
   Teknik mnemonik juga adalah teknik yang terbaik. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu hubungan, kata gentian, anekdot dan lokasi. Ia digunakan bagi memudahkan menghafal sesuatu maklumat dengan berkesan. Contohnya diberi senarai basikal,tayar,pensil,nasi, tembikai. Untuk menggunakan mengingati maklumat itu guna terknik mnemonik dan akan terjadi ayat seperti ahmad pergi kedai menunggang basikal yang bertayar dua untuk membeli pensil,nasi dan tembikai.Anekdot pula ialah menggantikan sesuatu perkataan dengan perkataan lain yang mudah diingati.Namun demikian, perkataan gentian itu hendaklah hamper sebutannya. Contohnya Tukau digantikan dengan pukau, Seligi kepada gigi. Teknik mnemonik lokasi pula ialah mengaitkan suatu imej dengan suatu lokasi. Ia hampir sama dengan teknik hubungan.

No comments:

Post a Comment