Follow blog saya kalau sudi :)

Saturday, February 11, 2012

GERKO- mesyuarat

1.    Pengenalan :
Mesyuarat adalah perbincangan formal di antara dua pihak atau lebih untuk
mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi. Mesyuarat berbeza antara satu dengan yang lain mengikut keahlian, organisasi dan objektifnya.

2.    Jenis-Jenis Mesyuarat :
a)    Mesyuarat Agung
Mesyuarat agung biasanya diadakna setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku pelantikan jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Selain itu, segala aktiviti yang telah dijalankan dan keewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut juga akan debentangkan. Mesyuarat agung dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar dan mereak dijemput melalui notis mesyuarat agung tahunan yang dikeluarkan oleh setiaussha agung pertubuhan. Mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli mencapai dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Setiap ahli mempunyai hak untuk bersuara, mengundi atau menyatakan ketidaksokongan diatas sesuatu perkara yang dibangkitkan.melalui mesyuarat agung, sebarang perlembagaan atau peraturan yang ditetapkan boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.

b)   Mesyuarat Jawatankuasa
Mesyuarat jawatankuasa biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, mendapatkan idea dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara bagi sesebuah institusi atau organisasi. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjdi ahli kepada jawatankuasa tersebut. Contohnya, Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia yang diadakan di sekolah bertujuan untuk menetapkan tugas guru-guru, membincangkan aktivit tahunan, peningkatan prestasi murid dan sebagainya. Mesyuarat seperti ini dihadiri oleh semua guru yang mengajar matapelajaran tersebut.

c)    Mesyuarat Tergempar
Mesyuarat tergempar merupakan mesyuarat yang diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perkara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan sesuatu jawapan atau keputusan didapat dengan segera dalam masa yang terhad bagi membolehkan tindakan terhadapt masalah yang meruncing itu dapat diambil segera. Contonya seperti lembaga disiplin sekolah mengadakan mesyuarat dalam membincangkan dan membuat keputusan segera tentang pergaduhan pelajar antara kaum. Individu yang menghadiri mesyuarat ini tidak semestu\inya ahli tetap, tetapi individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tetang masalah ini turut dijemput. Jemputan mesyuarat ini biasanya dijemput melalui memo atau surat edaran dalaman.

d)   Mesyuarat Tergempar

e)   Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Ianya biasa diadakan diatas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah jika kehadiran ahli seramai dua pertiga sama seperti mesyuarat agung tahunan juga dan keputusan yang dibuat diambil kira jika mendapat sokongan majoriti ahli. Mseyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana ianya diadakan di luar daripada tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority ahli untuk satu isu sahaja. Misalnya jika majoriti ahli ingin mengetepikan atau memecat salah seorang ahli lembaga pengarah diatas sebab-sebab tertentu. Hal  ini kerana jawatan yang diberikan/dilantik kepad individu tersebut adalah lantikan secara sah dan mendapat mandate melalui mesyuarat agung,justeru pemecatannya juga perlulah melalui mesyuarat agung agar majoriti ahli boleh mengundi untuk mengetepikan individu tersebut daripada jawatannya.

No comments:

Post a Comment