Follow blog saya kalau sudi :)

Wednesday, February 8, 2012

TITAS - Bab 6: INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA.


6.1        Sinopsis.
Unit ini akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan interaksi Tamadun Asia dan Relevensinya  di Malaysia dan Dunia . Antara fokus utama yang akan dibincangkan dalam modul ini ialah berkaitan dengan;
  1. Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di dunia
  2. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia dan di dunia
  3. Interaksi Tamadun India dengan tamadun lain dan relevansinya diMalaysia dan di dunia
6.2        Hasil pembelajaran
Setelah membaca modul ini, pelajar - pelajar akan dapat :
  1. Memahami relevansi tamadun asia dengan Malaysia dan dunia
  2. Membanding beza antara pencapaian tamadun Cina, India dan Jepun

6.3        Kerangka Tajuk
INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA
6.4  Pengenalan

Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada  berbilang bangsa, budaya dan agama.  Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi.
Modul ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

6.4.1  Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di Dunia

Kemunculan Tamadun Cina
Gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya berasaskan cerita-cerita mitos dan imaginasi. Sesetengah cendekiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina.
Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya  digantikan oleh suatu dinasti yang lain.
              i.        Dinasti Hsia ( 2697 SM)
Raja terawal dinasti ini ialah Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya iaitu Raja Yu dikatakan menjadi pengasas dinasti ini. Walaupun tanpa bukti yang dan  jelas kerana tiada kesan-kesan yang ditemui sebagai bukti namun bagi orang Cina ianya tetap wujud.

             ii.        Dinasti Shang (1766-1122 SM)
Berpusat di Anyang dan bukti kewujudan dinasti ini adalah  jelas dengan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utara Sungai Kuning di China.

            iii.        Dinasti Chou ( 1122- 256 SM)
DInasti ini terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) yang berpusat di Lembah Wei dan Chou Akhir (771-256 SM) yang berpusat di Loyang. DI zaman dinasti Chou ini bangsa China mencapai zaman keagungannya di bidang ekonomi, politik dan sosial.

            iv.        Dinasti Chin ( 256-205 SM)
Pusat pentadbirannya berasa di Lembah Wei di bawah pemerintahan Maharaja Shin Hung Ti (221-210S M). Beliau merupakan maharaja Dinasti Chin yang teragung . Beliau  memerintah selama 11 tahun dengan menggunakan sistem kekerasan dan undang-undang yang menekan rakyat DI zaman dinasti Chin inilah Tembok Besar China dibina dengan jarak sejauh 2256 KM untuk menghalang serangan orang-orang Mongol.

             v.        Dinasti Han ( 202 SM -221 M)
Rajanya yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM). Zaman ini merupakan zaman perkembangan kesenian dan  kesusasteraan. Ketika ini juga telah wujud jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan kawasan sekitar Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera  kerana melalui jalan-jalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.
            vi.        Dinasti Sui ( 589- 618 M)
Dinasti ini diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi  kezaliman Yuang Ti yang menggantikan Maharaja Sui telah  membawa kepada pemberontakan oleh Li Yuen seorang pegawai yang berpengaruh di wilayah Shantung yang menyebabka kejatuhan kerajaan Sui.

           vii.        Dinasti Tang ( 618- 907 M)
Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen yang meluaskan kekuasaan China hingga ke Parsi dan Laut Kaspian.

          viii.        Dinasti Sung ( 960-975 M)
Di dirikan oleh seorang general yang bernama Chao Hung Yin.  Dinasti ini berkuasa selama kira-kira 300 tahun.

            ix.        Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368)
Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan dinasti Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat pemerintahan  dan bermulanya era perhubungan dengan barat.

             x.        Dinasti Ming ( 1368-1644)
Orang Cina memegang semula tampuk kekuasaan setelah kematian Kublai Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang  berjaya mengalahkan tentera Mongol .

            xi.        Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911)
Dinasti ini menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang dari barat dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di mana-mana pelabuhan untuk berniaga.

No comments:

Post a Comment