Follow blog saya kalau sudi :)

Saturday, February 11, 2012

FPM- falsafah pendidikan barat tradisional

Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu:
·         Tradisional
·         Moden

Falsafah pendidikan barat tradisional
Menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme.

Perenialisme
Perennial bermaksud tidak berubah.
Definisi: Sesuatu yang tidak akan berubah.

Konsep
Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah.

Matlamat Pendidikan
Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa.

Tumpuan
·         Potensi dan rasional individu.
·         Lebih pasif.
·         Penekanan agama melebihi sains.
·         Melatih 3M.
·         Kemahiran mental, menaakul.

Essensialisme

Konsep
Menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa.
Bersifat praktikal dan pragmatik.

Matlamat pendidikan
Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya.

Tumpuan
·         Inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik.
·         Guru memainkan peranan utama.
·         Latihan intelek dan mental.
·         3M diterapkan.
·         Nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan.


METAFIZIK (ONTOLOGI)
Maksud :Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.
Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik.
Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

AXIOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”.
Merangkumi dua aspek iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah,
cantik@hodoh.

ETIKA
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.
Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :
Meta ethics
Normative ethicsApplied ethics

ESTETIKA
Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian,
alam sekeliling dan kehidupan.
Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

EPISTEMOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan”.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu.

Sumber-sumber ilmu :
Wahyu
Berasaskan pengalaman pancaindera
Intuisi
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik




LOGIK
Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Logik Induktif :
Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

Logik Deduktif :
Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

·         “Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.”


Matlamat FPG
·         Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
·         Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
·         Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

·         Tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet
·         mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
pentingnya kita mempunyai suatu falsafah
·         pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan
·         jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan
·         Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK
-Rukunegara
-Dasar Ekonomi Baru
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
FPK Ditubuhkan pada 1988
FPN – FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.




“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“


Matlamat
·         Matlamat Pendidikan Negara bertujuan
·         melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
Ø  Percaya dan patuh kepada Tuhan
Ø  Berilmu pengetahuan
Ø  Berakhlak mulia
Ø  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
Ø  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Ø  Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
Ø  Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Ø  Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan
Ø  Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
Ø  Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Ø  Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :
Ø  Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
Ø  Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.
Ø  Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Ø  Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
Ø  Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional
Ø  Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Ø  Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Ø  Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
Ø  Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Ø  Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Ø  Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Ø  Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ø  Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Ø  Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang
Ø  Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
Ø  Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

MODAL INSAN

Konsep
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) yang menggariskan dasar serta matlamat dan fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-9.




CIRI-CIRI
·         Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang tetapi mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu ada pada seseorang itu.
·         Modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
·         Mampu unutk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran meneyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru
·         Mempunyai ketahanan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH

DEFINISI
·         Seorang yang mengajar
·         Sinonim bagi guru-pendidik, instruktur, ahli pedagogi, jurulatih dan tutor.
·         Akta 1996-seseorang yang mengajar di suatu institusi pendidikan ataupun menyediakan atau mengeluarkan bahan pengajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh dan termasuklah guru besar dan pengetua.

KONSEP KERJAYA GURU
·         Keguruan adalah satu pekerjaan mulia.
·         Kepuasan serta perasaan gembira murid-murid yg telah berjaya memperoleh pencapaian cemerlang yang memuaskan merupakan balasan yang tiada tandingan dengan gaji yang diterima.
·         Kerjaya memberi guru peluang yang istimewa utk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif dalam diri murid yang diajar.

GURU DARI PERSPEKTIF AGAMA

AGAMA ISLAM
·         Guru yang mengajar disekolah pondok dan madrasah memang arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar tok guru.
·         Tok guru amat disanjung tinggi oleh masyarakat

AGAMA BUDDHA
·         Sebelum agama buddha diajar dirumah rahib, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru.
·         Seorang guru berupaya mengajar kesemua mata pelajaran kepada sekumpulan kecil murid-murid bawah jagaan beliau.
AGAMA HINDU
·         Seorang guru dianggap wakil tuhan di dunia ini.
·         Dalam hirarki, guru diberi penghormatan amat tinggi dan berada pada kedudukan kedua selepas ibubapa
·         Guru agam Hindu adalah seorang yang paling berilmu sekali.

AGAMA KRISTIAN
·         Yesus Kristus adalah mahaguru yang menyampaikan segala ajaran kristian lebih daripada dua ribu tahun yang lalu
·         Kemudian diambil alih oleh rasul-rasul (apostles), dan wali (saints)
·         Peranan guru kristia ialah:
Ø  Membimbing dan membantu murid utk melengkapi diri dengan ilmu
Ø  Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan yang membawa pengaruh negatif atau ajaran sesat.
Ø  Menunjukkan arah yang tepat atau jalan yang benar.
Ø  Memberikan dorongan yang wajar utk meningkatkan pencapaian.

KBSR

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

·         1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
·         Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah.
·         Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan.
·         Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial”  (Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)
·         Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.

·         Supaya murid-murid dapat:
ü  Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;
ü  Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah berkenaan
·         Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian;
·         Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar;
·         Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
·         Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
·         Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya;
·         Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam;
·         Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

PERUBAHAN DALAM KBSR
·         1988 – KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya.
·         KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.
·         Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut:

Secara am
§  Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
§  Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian;
§  Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut tajuk;
§  penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

PRINSIP KBSR
·         Pendekatan bersepadu
ü  Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran, dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi JERIS
ü  Melalui 4 cara iaitu menggabungjalinanan kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara 2 unsur dan unsur merentasi kurikulum.
·         Perkembangan individu secara menyeluruh
ü  Melalui semua matapelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi  keperluan JERIS
·         Pendidikan seumur hidup
ü  Proses belajar berlaku secara berterusan dan tiada had dari segi jangka waktu.
ü  Peranan sekolah:
§  Menyampaikan ilmu&kemahiran
§  Memupuk budaya membaca
·         Pendidikan yang sama untuk semua murid
ü  Semua murid pada tahapa persekolahn yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambl kira jenis aliran persekolahan
ü  Perbezaannya ialah bahasa pengantar.

BIDANG PELAJARAN
·         BIDANG KOMUNIKASI
ü  Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira)
ü  Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik.
·         BAHASA MELAYU
ü  Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.
ü  Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
·         Bahasa inggeris
ü  Diajar sebagai bahasa kedua
ü  Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah


·         Bahasa cina
ü  Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu.
ü  Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis.
·         Bahasa tamil
ü  Berfungsi sebagai bahasa komunikasi.
ü  Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.
·         Matematik
ü  Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.
ü  Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira.
ü  Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.
·      BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING
ü  Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap.
ü  Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam, pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.
·      Pendidikan islam
ü  Mengandungi 3 bahagian iaitu :
1)       Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2)       Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek :-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam.
-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan.
-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
3)       Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin.
ü  Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
·         Pendidikan moral
ü  Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara.
ü  Isi kandungan  dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid.
ü  Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni.
·         Sains
ü  Terdiri daripada dua perspektif iaitu :
-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada.
-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)
ü  Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif
·         Kajian tempatan
ü  Tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan  murid
ü  Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
ü  Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.



·         BIDANG PERKEMBANGAN  DIRI INDIVIDU
ü  Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan.
ü  Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayataan kesenian dan kesihatan.
ü  Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan.
·         Kemahiran hidup
ü  Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.
ü  Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan.
ü  Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :
o    merekacipta
o    Mengurus diri dan kerja
o    Mengusahaniaga barang
o    Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil
IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
·         Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·         Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.
Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di d

No comments:

Post a Comment