Follow blog saya kalau sudi :)

Saturday, February 11, 2012

PKK-Perbahasan:Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan Dari Segi Persekitaran

Persekitaran mempengaruhi perkembangan personliti seseorang. Persekitaran merupakan desakan dari luar. Desakan luaran akan mempengaruhi manusia terutamanya dari segi keperluan untuk dipenuhi dalam setiap hari.terdapat banyak faktor persekitaran iaitu keluarga, pengaruh sekolah, kebudayaan, rakan sebaya, media massa, pengalaman awal dan masyarakat.
            Faktor yang pertama ialah keluarga. Seperti yang kita ketahui, keluarga adalah oang yang paling rapat dengan kita. Jadi ia akan banyak mempengaruhi dalam perkembangan pesonaliti seseorang. Suasana rumah mempunyai kaitan dengan perhubungan keluarga iaitu ibu bapa. Perhubungan baik oleh ibu bapa kepada seseorang kanak-kanak dapat menjamin suasana yang tenteram. Suasana tersebut akan mendorong kepada perkembangan personality kanak-kanak. Suasana yang tegang akan menghalang penyesuaian diri serta membawa kepada sifat asing diri, tidak tahu  membuat sesuatu keputusan. Kasih sayang, layanan, asuhan yang bersifat demokratik dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa secara langsung membantu perkembangan personiliti yang positif. Aspek seterusnya ialah taraf sosioekonomi keluarga. Keadaan sosioekonomi yang rendah merupakan satu sebab yang mewujudkan perkembangan tingkah laku yang tidak diingini. Kedudukan ekonomi yang teguh terutama dari segi kewangan, makanan yang seimbang, kemampuan dalam penyediaan alatan belajar seperti komputer. Keyakinan diri yang tinggi akan membawa kepada perkembangan personaliti yang baik. Kekurangan makanan berzat, kurang kemampuan untuk aktif dalam sesuatu permainan akan membawa kepada perkembangan fizikal dan mental yang lembap. Emosi seseorang turut terjejas dan membantutkan perkembangan personaliti seseorang.
            Faktor yang seterusnya ialah pengaruh sekolah. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Pengaruh sekolah yang baik akan menunjukkan sifat sahsiah yang baik seperti pecaya kepada diri sendiri, yakin diri, rasa ingin tahu dan mampu mengeluarkan pendapat sendiri. Guru yang sentiasa membina konsep kendiri dalam diri pelajar kan dapat mempengaruhi seseorang pelajar itu membina dirinya sendiri. Pembinaan konsep kendiri ini secara langsung akan dapat memperkembangkan sahsiah individu.
Antara faktor lain yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan dari segi persekitaran ialah rakan sebaya.Rakan sebaya turut memainkan peranan penting pembentukan perkembangan dan persekitaran manusia.Jenis kumpulan dan daya kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam menentukan personaliti yang diingini atau tidak.Contohnya, sekiranya individu itu bercampur gaul dengan kumpulan yang rajin belajar, maka pelajar yang berkenaan akan turut rajin juga.Dan begitulah juga sebaliknya iaitu contohnya jika rakan sebaya tersebut seorang perokok maka, kemungkinan besar indivdu tersebut akan turut merokok juga.
Pergaulan kanak-kanak yang tidak diawasi akan mewujudkan sifat sahsiah yang negatif.Di samping itu, cara berkawan, kebudayaan dan cara berpakaian akan mempengaruhi perkembangan seseorang.Rakan sebaya yang menunjukkan penghormatan terhadap guru dan orang lebih dewasa akan juga menonjolkan nilai murni.
Seterusnya, faktor yang seterusnya mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan dari segi persekitaran ialah masyarakat sekeliling.Masyarakat merupakan desakan akhlak dan mencerminkan cara hidup yang diterima oleh masyarakat.Faktor persekitaran yang baik secara keseluruhan akan mewujudkan individu yang akan mempunyai sahsiah yang cekal serta terhadap apa sahaja perkerjan yang dilakukan.
Masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.Kanak-kanak yang membesar dalam situasi begini kemungkinan meninggalkan nilai-nilai tertentu.Ini boleh menyebabkan anggota dalam masyarakat sanggup menipu, merompak, membunuh serta mengamalkan rasuah untuk mencapai tujuannya.
Sebaliknya jika norma masyarakat itu berkeadaan sihat, individu yang membesar dalam situasi ini akan menjadi anggota masayarakat yang lebih bertanggungjawab.Keadaan ini menunjukkan perkembangan yang baik dalam diri individu.

No comments:

Post a Comment