Follow blog saya kalau sudi :)

Wednesday, February 8, 2012

TITAS- 6.6 Tamadun India.


Pendahuluan
Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu:
  1. India Utara
  2. India Selatan
Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza.
Latar belakang Perkembangan Tamadun India
Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.
Tahap Perkembangan Tamadun India
  1. Zaman Kuno (1500 s.m. – 1200 m)
Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula  dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
    1. Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m)
    2. Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.)
Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam  perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan  perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya.
  1. Zaman Pertengahan
      Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.
  1. Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)
Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan
    1. Perdagangan
    2. Politik
    3. Agama Krisitian
Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan  Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas  Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.
UNSUR-UNSUR  UTAMA DALAM TAMADUN INDIA.
Sistem Pemerintahan
  1. Raja/Ketua Negara
Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri.  Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah  bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat – unit infantri, unit gajah dan unit kuda.
  1. Pentadbiran Wilayah
Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada kerajaan. Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.
  1. Agama
              i.        Hindu
             ii.        Buddha
            iii.        Jaina
            iv.        Sikhism
             v.        Islam
  1. Ilmu Sains dan Matematik
              i.        Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu
            ii.        tanah, angin, api, air dan angkasa.
           iii.        Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.
           iv.        Matematik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya.
             v.        Astronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.
  1. Bahasa dan Sastera
Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit. Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) – bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita.
Tema-tema yang dibincangkan.
    1. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravana
    2. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandara
    3. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.
Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama  “Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir.
f.      Senibina
ü  Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu.
ü  Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha.
ü  Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.
g.    Kemasyarakatan dan Kekeluargaan.
Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada
a.     Brahmin – golongan agama dan kerohanian
b.    Ksytria – tentera dan keselamatan
c.     Vaisya – peniaga
d.    Sudra – petani
Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:
a.     Brahmacarya
b.    Ghastra
c.     Vanaprahasta
d.    Sannayasa
Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

No comments:

Post a Comment