Follow blog saya kalau sudi :)

Saturday, February 11, 2012

KURIKULUM P.I- pendidikan zaman RASULULLAH

Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur:

1. Pendidikan Umum: dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' al-Rasyidin. Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas sembahyang fardhu atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.


2. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.


3. Pendidikan Institusi: Merupakan Intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani. Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa selanjutnya.
wallahua'lam

rujukan: Modul 3/3 Pendidikan Islam terbitan KPM

No comments:

Post a Comment