Follow blog saya kalau sudi :)

Wednesday, February 8, 2012

TITAS - 6.4.2 Masyarakat dan budaya Tamadun Cina


Masyarakat Cina
Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Dari perkembangan awal  sejarah China , orang-orang Cina percaya bahawa mereka adalah bangsa yang lebih cerdik, beradab dan berkebolehan berbanding bangsa - bangsa  lain. Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada perkara – perkara yang bersifat material. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran yang menggabungkan beberapa bahan-bahan yang berlainan untuk menghasilkan peralatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang. Mereka juga amat menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni dan  bahagia. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan material tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika kekayaan itu boleh memberikan kepuasan dan kenikmatan hidup serta menaikkan status mereka ke tahap yang tinggi dalam masyarakat.
Budaya Tamadun Cina
Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun temurun yang lampau.  Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih bersifat kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara - perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.

Sistem Etika dan Orientasi Nilai
Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi  budaya Cina iaitu: -
  • Hubungan antara  pemerintah dengan seorang rakyat.
  • Hubungan antara  bapa dengan anak lelakinya.
  • Hubungan antara  abang dengan adik lelakinya.
  • Hubungan antara suami dengan isterinya.
  • Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.

Tiga daripada hubungan  tersebut merupakan hubungan antara ahli  keluarga. Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan  menjadi suatu bentuk hubungan kekeluargaan. Kesemuanya ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina ,  Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat 

No comments:

Post a Comment