Follow blog saya kalau sudi :)

Wednesday, February 8, 2012

TITAS-ISLAM DALAM TAMADUN INDIA


-Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu:
1.      Dakwah
2.      Perdagangan
3.      Perkahwinan
Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India.
Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas. Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah
a.     Akhbar
b.    Jahangir
c.     Shah Jehan
d.    Aurangzeb
e.     Bahadur Shah

Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

PENGARUH TAMADUN INDIA KEPADA  MALAYSIA DAN DUNIA
  1. Keagamaan dan Kepercayaan.
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara.Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi.
  1. Kesenian dan Hiburan.
Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.
  1. Bahasa dan Kesusasteraan.
Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan Sebagainya

Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.
  1. Pemerintahan dan Kerajaan
Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.
  1. Idea Politik dan Berkerajaan
Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

Kesimpulan

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

No comments:

Post a Comment